Nama | : Ismailah Binti Dasuki |
Umur | : 43 Tahun |
Ahli | : 18 November 2017 |
Latar belakang
Puan Ismailah Binti Dasuki merupakan seorang surirumah yang mempunyai asas kemahiran menjahit dan ingin menambah pengetahuan serta meningkatkan lagi kemahiran beliau untuk pendapatan sampingan.
Kini beliau telah memulakan kembali perniagaan beliau dengan membuka sebuah cafe dan menyedari kepentingan internet dan kuasa media baru seperti, Facebook & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau hanya mempunyai asas pengetahuan dalam jahitan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas NADI x Mahir Jahit, beliau dapat mempelajari asas jahitan sehingga beliau dapat menghasilkan apron dan sepasang baju kurung moden dengan menggunakan peralatan yang dibekalkan oleh pihak NADI x Mahir.





