mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 Keusahawanan – Mohamad Hafizzudin Bin Misry

Usahawan Kecil

Nama: Mohamad Hafizzudin Bin Misry
Umur: 35 Tahun
Ahli: 17 Januari 2018

Latar belakang

Encik Mohamad Hafizzudin Bin Misry merupakan seorang usahawan yang berkecimpung dalam bidang kulinari dan beliau pernah menceburkan dalam perniagaan menjual roti canai. Walaubagaimana pun perniagaan beliau menghadapi kesukaran pada waktu PKP dan berusaha untuk menstabilkan perniagaan beliau.

Kini beliau telah memulakan kembali perniagaan beliau dengan membuka sebuah cafe dan menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Facebook & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan beliau RM 500.00 – 1500.00 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang beliau ikuti di NADI Kampung Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mula menjalankan promosi perniagaan melalui platform Facebook Page dan Whatsapp Broadcast..

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1500.00 – RM 4000.00 sebulan.