





Henna’s Cafe adalah destinasi tempat makan yang terkini di Sungai Besar. Terletak di Parit 6 Timur yang menjanjikan pengalaman menikmati menu yang menenangkan dan menyenangkan. Daripada hidangan utama yang memikat selera, pencuci mulut yang manis dan menyegarkan, sehinggalah ke kopi premium yang diracik dengan penuh teliti. Setiap sajian di Henna’s Cafe disediakan dengan bahan berkualiti tinggi dan penuh kasih sayang.
Henna’s Cafe turut menjadi tarikan kepada penggemar fotografi dan pencinta estetika. Pelbagai sudut menarik tersedia untuk anda mengabadikan momen istimewa dalam suasana yang selesa dan eksklusif.
Alamat :
Henna’s Cafe, Parit 6 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Waktu Operasi :
10:00 pagi – 7:00 malam (Setiap hari kecuali Rabu)
Media Sosial :
Instagram – @hennas.cafe
(Sumber : https://sghjdorani.nadi.my/hennas-cafe/)