Chatbot Sebenarnya.my atau dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) berperanan untuk memerangi maklumat palsu dan berfungsi sebagai platform membantu menyemak kesahihan berita dalam talian.
AIFA boleh diakses 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu serta tersedia dalam empat bahasa utama iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin.
Imbas kod QR untuk semakan kesahihan maklumat dengan cepat dan mudah.
(Sumber : Kementerian Komunikasi)