Usahawan Kecil
| Nama | : Suriana Binti Dasuki |
| Umur | : 40 Tahun |
| Ahli | : 17 Januari 2018 |
Latar belakang
Puan Suriana Binti Dasuki merupakan seorang tukang jahit di Kampung Sungai Limau. Beliau mahir dalam menghasilkan jahitan baju tidak kira sama ada untuk wanita, lelaki mahupun kanak-kanak. Dengan kemahiran yang beliau miliki, beliau menceburi dalam bidang perniagaan ini untuk menambahkan pendapatan beliau.
Menyedari kepentingan internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 500 – RM 1000 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.
Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.00 – RM1500.00 sebulan.



