mcmc
Kesihatan

Tahniah Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

tahniah

Menurut laporan CGTN (China Global TV Network), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang #COVID19, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Ketiga-tiga mereka dipuji kerana sejak beberapa minggu lalu, mengenengahkan penampilan yang ‘tenang, jelas dan meyakinkan’ bagi menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai mengenai pandemik ini.

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA )