mcmc
Keusahawanan

Program Pencarian Ikon Usahawan Cilik NADI 2025 (Cohort 8)

NADI X KIDVENTURE :
PENYERTAAN DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 8)

Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah pun membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 8.

Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun). Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan Perancangan Perniagaan, Pengoperasian Syarikat, Perancangan Kewangan Perniagaan dan Pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Jom Daftar!