Kerajaan akan mempergiat usaha bagi memastikan penggunaan Internet di negara ini lebih selamat bermula tahun ini, seiring peningkatan ancaman jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan eksploitasi seksual kanak-kanak.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata selepas hampir empat tahun menerajui kementerian itu, tumpuan kini bukan sahaja kepada peluasan liputan, peningkatan kelajuan dan harga Internet yang murah, tetapi juga aspek keselamatan pengguna.
“Saya tidak mahu meninggalkan satu legasi, kita sudah ada capaian Internet sampai ke kawasan pedalaman tetapi seolah-olah membina satu highway (lebuh raya) bagi penjenayah untuk mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman masyarakat,” katanya.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Keselamatan Internet 2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di Kuala Lumpur hari ini
(Sumber : BERNAMA)
